KISAH BENAR......!! HANCURNYA HATI WANITA INI BILA SUAMI CURANG KAHWIN SATU LAGI DI THAILAND.....


Ini adalah perkongsian di media social bila hati wanita ini hancur bila suami curang dan kahwin satu lagi  tanpa pengetahuannya.

Kisah hidup saya dengan suami.. 23th November 2006 kami disatukan (berkahwin).. suami hanya kerja kampung menoreh getah.. tinggal dirumah mertua.. selepas 4,5 bulan kawin saya disahkan hamil.. 2 February 2008 saya selamat melahirkan baby boy.. saya sudah rasa sangat bahagia saat tu.. walaupun susah tapi suami ada disisi.. kuat kerja mencari rezeki untuk kami.. sekali lagi saya disahkan hamil.. 4 March 2009 saya selamat melahirkan baby girl..

Hancur Hati Wanita Ini Bila Suami Curang dan kahwin lagi

2 bulan selepas bersalin suami pergi ke Sarawak training selama 6 bulan…balik sini sebagai anggota polis.. suami bekerja di balai polis ABCD suami dpt rumah di kuarters polis di Shah Alam.. dah tolak bank.. tolak rumah.. hanya tinggal RM600.. dengan moto ex suami berulang-alik pergi kerja.. memang rasa bahagia.. jika pergi beli barang dekat tesco, dengan anak seorang kat depan, seorang kat tengah naik moto.. akhirnya suami dapat beli sebuah kereta secondhand.. dengan gaji RM600 saya rasa sudah sangat bahagia sebab anak-anak dan suami ada disisi..

disebabkan rumah jauh dari tempat keja suami.. kami berpindah ke kota ABCD jadi dekat dengan tempat kerja suami.. anak laki pun dah 6 tahun masuk sekolah tadika dekat situ.. tahun 2013 saya selamat melahirkan baby girl.. yang no 3.. saya rasa saya dah sangat bahagia.. tapi nie la yang dikatakan isteri diuji saat suami susah.. suami diuji saat dia senang..

7 tahun dalam polis.. saya percaya 100% pada suami.. pada tahun ke 9 perkahwinan kami.. saya diuji dgn ujian yang terlalu berat.. saya dapat petunjuk melalui mimpi seminggu saya brmimpi suami ada perempuan lain.. last2 hati saya tergerak untuk buka beg kerja suami.. betapa hancur hati saya bila terbaca surat nikah suami dekat thailand.. mengigil seluruh badan.. 4 bulan saya bersabar.. sebab fikir anak-anak… tapi saya mengalah saya tak sanggup bermadu.. hari-hari menangis apakah salah saya.. saya suruh suami pilih antara saya anak-anak dengan wife baru dia.. suami tak nak lepas kan siapa-siapa… jadi akhirnya saya mengalah sebab saya tak sanggup.. betapa terseksa nya saya selama 4 bulan saya bertahan.. akhirnya saya diceraikan pad bulan December tahun lepas.. disaat saya mengandung 4 bulan.. suami lebih memilih wife baru daripada saya yang 9 tahun hidup susah senang dengan dia..

Hancur Hati Wanita Ini Bila Suami Curang dan kahwin dengan wanita lain

saya baru je lepas bersalin.. masih dalam pantang.. anak-anak semua tinggal dengan saya.. saya tnggal dengan mak dekat kampung.. saya tak pernah kerja.. habis pantang ni, terpaksa la saya cari kerja utk tanggung kami anak-beranan.. doakan anak-anak yang tak tahu apa-apa ni membesar dengan sihat, walaupun tanpa kasih sayang daripada seorang ayah..

saya pernah post kisah saya saat ditinggalkan ada 3, 4 orang yang membantu saya.. terima kasih pada yang membantu walaupun tak kenal.. doakan kami bahagia ye semua.. terima kasih.. tolong hidekan nama saya ye..

Itulah dia kisah seorang wanita yang hatinya hancur luluh disebabkan suami curang dan kahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya. Semoga wanita ini tabah dan terus bersemangat untuk menghadapi kehidupannya bersama-sama dengan anak-anak kecilnya.

5 beradik berkongsi mi segera

Batu Caves: “Sejak mama masuk hospital, kami hanya bersahur dan berbuka puasa dengan mi segera, itu pun terpaksa berkongsi,” begitu luah Nor Alya Dayana Muhammad Nadzri, 12, anak sulung daripada lima adik-beradik yang kini menjadi ketua keluarga selepas ibu mereka, Elya Susanti Ab Rakit terlantar di hospital lebih seminggu lalu akibat masalah saraf.




Lebih menyedihkan, Dayana bersama adik-adiknya Nor Alya Sabrina, 11, Nur Alya Wardina, 10, Muhammad Irfan Danish, 8 dan Muhammad Imran Danish,7, bukan saja terpaksa menguruskan diri sendiri malah hidup dalam kesempitan.

“Bila jemu makan mi segera, kami makan roti. Apa pun yang berlaku, saya pegang pesan mama, suruh saya jaga adik-adik. Mama juga berpesan supaya kami jangan meminta-minta walaupun susah.

“Saya sudah biasa hidup begini tapi berasa sedih bila mengenang mama yang terlantar di hospital, apatah lagi bulan Ramadan dan tidak lama lagi hari raya,” ujar Dayana.

Ibu mereka, Elya Susanti, yang mengalami masalah saraf sejak tujuh tahun lalu menjalani pembedahan belakang bagi kali ketiga baru-baru ini dan kini masih dirawat di Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur.

Menurut Dayana, sepanjang ketiadaan ibunya yang bercerai, dialah yang bertindak sebagai ketua keluarga dengan menyediakan segala keperluan adik-adiknya seperti memasak, membasuh dan menggosok pakaian.

Kisah kesempitan lima adik-beradik ini terbongkar apabila seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Samudera, di sini, Azlina Jafnus, mendapat tahu bahawa Dayana dan adik-adiknya hidup sendirian selepas ibu mereka dimasukkan ke hospital.

Kunjungan lanjut Azlina ke rumah lima bersaudara itu mendapati mereka hidup dalam keadaan tidak terurus dan susah. Malah, kerana kesempitan hidup, Dayana dan adik-adiknya tidak mampu untuk menziarah ibu mereka yang terlantar di hospital.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun PIBG Bank Muamalat 14050004211714 atau menghubungi talian 019-3692097 (Azlina) dan 0192775694 (Farizah).

Sumber : HMETRO

MELAMPAU....!! , TINDAKAN DUA WANITA INI KETIKA "MENGUTIP DERMA" SANGAT PELIK,, "NASIB SAYA PERASAN DIA BUAT SESUATU DI BELAKANG SAYA"...

Pada jam 11 pagi, rumah incas saya didatangi oleh dua wanita berjubah. Seorang berbadan tegap dan seorang lagi berbadan sedang-sedang. Waktu itu incas saya bekerja, yang ada di rumah pada waktu itu isteri dia, menanti dan cucu dia sahaja. Majoritinya perempuan dan seorang anak lelaki tetapi di dalam bilik air pada waktu itu.



Dua wanita ini datang membuka pintu pagar dan pintu gelongsor rumah, dengan tidak memberi salam terus masuk ke dalam rumah. Nasib baik anak perempuan dia ternampak.

Selepas itu, dua wanita tersebut bertanya "Mak ada tak?". Anak dia pun panggillah mak dia di dapur. Mak dia datang dan bertanya tujuan kedatangan dua wanita tersebut.

Mereka berkata mereka dari persatuan anak yatim datang nak mengutip derma.

Mak dia pun masuklah ke dalam bilik untuk mengambil duit. Sedar-sedar seorang dari wanita itu berada di belakang ikut masuk ke dalam bilik.

"Eh? Kenapa masuk bilik orang ni?" kata maknya yang terus menjerit memanggil anak-anaknya yang lain.

Mendengar jeritan itu, dua wanita itu terus panik dan berlari keluar dari rumah.

Semasa dalam bilik itu, ada dua orang budak kecil. Seorang 4 tahun dan seorang lagi 4 bulan setengah sedang tidur. Kalau betul datang nak minta derma, kenapa tak bagi salam dan kenapa masuk sampai ikut ke bilik? Mungkin juga mereka mahu merompak atau menculik.

Jadi, berhati-hatilah semua. Kunci pintu pagar rumah dengan pintu rumah sekali walaupun kita ada di dalam. Sekarang macam-macam kes yang tidak diingini berlaku.

Menurut isteri dia, dua wanita itu berpakaian jubah berwarna merah jambu dan di bahagian depan jubah mereka tertulis persatuan sahaja serta menggunakan payung Avon. Hati-hati semua. - Mesej yang tersebar di WhatsApp.

Sumber

KECOH......!! Ibu dan 4 anak BERANG dan Kecewa kerana gagal rayuan padam ‘Islam’ pada MyKad

Ibu dan 4 anak gagal rayuan padam ‘Islam’ pada MyKad | Seorang ibu dan empat anaknya gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan bagi menukar nama dan memadam perkataan ‘Islam’ dalam kad pengenalan masing-masing.


Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan keputusan JPN untuk tidak menukar nama dan agama dalam kad pengenalan mereka adalah betul dari segi undang-undang memetik Bernama.

Keluarga itu, terdiri daripada Jamilah Jan Vasanthegokelam, 55, anak lelaki perkahwinan pertamanya, Mohd Sharif Abdullah, 35, dan tiga anak lelaki daripada perkahwinan kedua iaitu Mohd Jeffrey a/l Mohd Baser, 32, Mohd Jass a/l Mohd Baser, 28, dan Mohd Naser a/l Mohd Baser, 22.

Mohd Zawawi berkata keputusan JPN tidak boleh dikategorikan sebagai degil, tidak munasabah, tidak rasional dan menyalahi undang–undang sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.

“Perayu mengenal pasti diri mereka sebagai India Muslim dan menganut agama Islam,” katanya yang bersidang bersama-sama hakim Datuk P Nalini dan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Mohd Zawawi berkata hujahan pihak perayu bahawa agama itu adalah silap dinyatakan dalam rekod rasmi tidak disokong dengan bukti jelas dan meyakinkan.

Panel sebulat suara menolak rayuan mereka serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Februari lalu, yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar keputusan JPN itu.

Dalam permohonan semakan kehakiman, keluarga itu menamakan Ketua Pengarah JPN, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Mahkamah itu turut mengarahkan keluarga berkenaan membayar kos guaman sebanyak RM5,000 bagi prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Peguam Jamilah, Robin Lim, memberitahu mahkamah suaminya yang kedua, Mohd Baser a/l Kalakan membawanya ke JPN pada 1983 untuk menukar nama kepada Jamilah Jan Vasanthegokelam.

Katanya, suaminya itu memberitahu Jamilah Jan pertukaran namanya akan mengelak sebarang komplikasi yang mungkin dihadapi pasangan itu apabila memohon sijil kelahiran bagi anak kedua mereka kerana nama suaminya seperti nama seorang Islam.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Mazlifah Ayob, yang mewakili pihak responden, berkata Jamilah memegang kad pengenalan dengan nama Islam selama kira-kira 30 tahun dan MyKad yang dikeluarkan kepadanya pada 2003 membawa nama ‘Islam’.

Menurutnya, rekod JPN juga menunjukkan Mohd Baser yang sudah meninggal dunia, adalah warganegara Malaysia menganut agama Islam, katanya.

GEMPAR.....!! Penduduk Terkejut Apabila 4 Gadis Pelancong Bertindak Berani Mati Mandi B0G3L di Tapi Pantai Pada Bulan Ramadhan Ini......


EMPAT pelancong wanita membentangkan tikar sebelum berjemur.

Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.

Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.

Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

“Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.

“Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

“Saya cuba menghampiri mereka, namun mereka segera menutup tubuh masing-masing dengan tuala mandi sebaik menyedari diperhatikan,” katanya disini, seperti yang dipetik dari akhbar Harian Metro awal pagi ini.

Chow berkata, dia kemudian pulang ke rumahnya pada jam 3 petang dan menghubungi raknnya memaklumkan kejadian terbabit.

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan memantau setiap perlakuan pelancong asing suapaya mereka tahu batas susila di negara kita terutama di tempat awam,” katanya.

Sementara itu, penjaga tandas awam di pantai terbabit, Latif Ahmad, 61, berkata, empat pelancong berkenaan dari arah sebuah hotel empat bintang pada jam 12 tengah hari dengan berbikini.



“Mereka bertanya adakah saya mempunyai payung untuk disewa dan terus meminta sebuah kerusi sambil membawa tikar serta sedikit makanan dan minuman ringan ke pantai yang terletak 30 meter dari tandas.

“Saya tidak nampak mereka berbogel kerana tempat saya duduk ini terlindung dari pantai,namun saya menyedari seorang lelaki ada mengambil gambar tertentu di pantai,” katanya, semalam.

Latif berkata, empat pelancong wanita itu kemudian datang ke tandas berkenaan untuk mandi pada jam 4 petang.

“Mereka beritahu datang dari Sydney, Australia dan saya mendengar mereka mahu ke premis makanan segera di bandar Port Dickson sebelum beredar menaiki teksi,” katanya yang terkejut dimaklumkan kumpulan pelancong terbabit berjemur separuh bogel di pantai itu.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Datuk Ab Khalid Mat ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan perkara terbabit.

“Kami harap orang ramai yang melihat kejadian seperti ini di mana-mana juga di kawasan Port Dickson segera membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

“Walaupun kes ini terpencil, MPPD memandang serius mengenainya dan akan melakukan siasatan lanjut,” katanya.  






TERGAMAK.....!! “Sempat Merasa Bersuami Selama 3 Bulan Sebelum Dia Hilang Pergi Kahwin Lain” Inilah Luahan KECEWA Dan SEDIH Seorang Isteri.....!!!

“Suami Tinggalkan saya Selama 3 Bulan..Rupanya Dia Pergi Kahwin Lain” Inilah Luahan KECEWA Dan SEDIH Seorang Isteri !!!Saat diri dihiasi dengan baju perkahwinan, muka diconteng dengan pelbagai warna. Debaran juga semakin terasa, dalam beberapa minit saja lagi saya akan menjadi isteri.


Berkumpul sanak saudara, adik beradik dan keluarga bakal mertua di rumah. Saat Tok Kadi berkata, “Dah sedia semua?” Jantung berdegup laju entah ke mana perginya.

Saat tangan bakal suami bersalaman dengan Tok Kadi, air mata saya mula bergenang.

“Aku nikahkan kau dengan ********** binti Zulkifly dengan mas kahwinnya RM**** tunai. Sah!!”

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi isterinya. Allahuakbar, air mata tanpa saya sedar mengalir tanpa henti. Kegembiraan tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Saat suami memandang wajah saya dengan linangan air mata, dalam hati saya bertanya “Betulkah dia suami saya yang kami akan hidup semati selepas ini?”

Bermulalah episod kehidupan kami sebagai suami isteri, susah senang hidup bersama, melalui pelbagai dugaan selepas berkahwin. Jatuh bangun bersama-sama, saat susah menangis bersama-sama, gembira bersama-sama di saat bahagia.

Bila hampir setahun perkahwinan, ada yang mula bertanya sudah ada ‘isi’ atau belum? Di saat itu juga mulalah hati ini semakin ‘down’. Bila diberitahu pada suami, dia kata “biarkanlah mereka, itu semua kan rezeki Allah,”. Hilang rasa sedih bila mendengar semua itu dari mulut suami.

Tahun kedua perkahwinan, rasa bahagia itu tinggi menggunung. Rasa bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Namun, kebahagiaan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga yang datang menganggu.

15 Oktober 2015, suami berkata dia mempunyai tugasan kerja di Melaka, untuk mencari rezeki halal, katanya. Lalu saya pun berkata, “Pergilah sayang,” walaupun naluri saya berkata itu dia pergi ke Melaka bukan untuk tugasan kerja.

Sampai satu saat, Allah beri petunjuk siapa suami saya yang sebenarnya. Allahuakbar, hancurnya hati saya ya Allah. Insan yang saya percaya, insan yang saya sayangi sanggup mengkhianat saya.

Apa salah dan dosa saya? Saya belajar untuk bersabar, pada pandangan orang, saya nampak kuat. Dari tutur kata, saya nampak gigih untuk terus senyum. Padahal semua itu hanya lakonan sahaja untuk menunjukkan pada orang yang saya ini hebat, tetapi hati saya sebenarnya sudah hancur berkecai, menangis setiap hari tanpa diketahui orang.

Berlagak cakap dengan keluarga mentua yang saya okay dan tidak kisah dengan apa yang dia buat. Padahal hati saya, ya Allah. Takkanlah keluarga mentua tidak sedar yang saya sedang bersedih dengan sikap anak mereka?

24 Disember 2015, tarikh yang saya tidak akan lupa sehingga ke akhir hayat. Saya masih lagi isterinya yang sah, tetapi mengapa ini balasan yang mereka berikan pada saya? Betapa hancurnya hati, bagaikan nak mati terpaksa menerima hakikat.

3 bulan suami pergi tanpa berita dan akhirnya mendapat khabar bahawa dia sedang bahagia bersama insan yang lain yang mempunyai ikatan sah.

6 Februari 2016, saya datang sendiri melihat dengan mata saya sendiri betapa hebatnya suami duduk di pelamin bersama wanita lain. Begitu gah sekali majlis perkahwinannya.

10,000 tetamu dia boleh beri makan, tetapi saya seorang diabaikan selama tiga bulan tanpa sebutir nasi ditinggalkan? Saya diabaikan dari 15 Oktober 2015 sehingga ke hari ini. Mana sifat perikemanusiaan? Tatkala baik mengambil anak orang, kenapa ini kesudahan yang dia berikan pada kami semua?

Begitu perit untuk saya menerima semua ini. Lepaskanlah saya dengan cara baik. Pulangkanlah saya dengan cara baik kepada keluargaku. Sebagaimana mereka merasa hari ini, begitu jugalah kami merasa apabila dikhianati sebelum ini.

Saya redha saat dihina, dicaci oleh orang yang rapat dan saya sayang. Hari ini, hinalah lagi, kecamlah lagi, cacilah lagi. Saya terima semuanya. Ramai lagi yang masih sayangkan saya dan menyokong saya.

Dulu, saya kalah kerana ramai yang mempercayai dia dengan sikap pembohongnya. Saya pejamkan mata, pekakkan telinga dan buat tidak tahu sebab saya tahu Allah ta’Ala sentiasa ada bersama.

Tidak ada seorang perempuan pun saat dia dinikahkan meminta diabaikai, disakiti, dikhianati. Tiada seorang perempun pun yang inginkan maruahnya dipijak suami, kehormatannya tidak dilindungi atau harga dirinya tiada erti lagi. Tiada seorang pun perempuan yang mahu melukut di tepi gantang. Mengharap simpati suami sendiri, mengemis kasih untuk menumpang.

Suami mungkin terlepas di dunia. Berlagak seperti raja, isteri diperlakukan seperti hamba. Nanti di mahkamah agung Allah, kamu akan ditanya tanpa mampu berhelah. Setiap tanggungjawab yang kamu tinggalkan, semua akan diadili walaupun sebesar kuman. – Quyun Zulkifly

THANKS AWAK TEMANKAN SAYA CHECK IN DALAM HOTEL UNTUK KITA LAYANI "KENIKMATAN MALAM" DI BULAN RAMADHAN INI......!!


Bulan Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun, dalam bulan tu pakat ramai berlumba-lumba untuk meningkatkan amal ibadat.. Bulan tu jugak paling istimewa kerana setan-setan dirantai hingga tamatnya bulan Ramadhan..

Tapi rupa-rupanya masih tak habis setan kena rantai di bulan puasa ni.. Ada jugak yang terlepas dari kandang! ‘Setan-setan’ ni lah yang dok berlumba-lumba mengumpul dosa dan tanpa segan silu menunjuk perangai buruk dorang pada umum..

Korang lihat jer lah pasangan tak takut buat dosa di atas tu, ‘check-in’ hotel untuk melempiaskan nafsu masing-masing pada bulan Ramadhan.. Apa nak jadi ni, tak hormat langsung bulan yang mulia ni! Huh!





Si lelaki dengan bangganya muat naik moment mengatakan dia bersama pasangannya ‘check-in’ hotel untuk ‘melayari’ kebahagiaan dorang pada malam jumaat.. Tak boleh blah lagi tu, siap beritahu hotel mana dorang ‘check-in’!

Bangga betul mamat tu merosakkan anak dara orang yer.. Nanti bila nak kahwin, tahu pulak dia nak mencari yang muslimah bagai yer.. Nak hantaran murah, lepas tu nak suci murni.. Layak ke weiiih?? Padahal diri tu mengalahkan perangai setan, memalukan betul!

Miss rasa macam nak bagi kaki jer kat kedua-duannya! Kalau pasangan suami isteri tu, Miss tak kisah lah.. Tapi ni pasangan monyet yang tak ada sebarang ikatan hubungan, setakat hubungan haram jer!

Minah tu pun satu hal, mengikut jer kehendak si cinta hati tak guna tu, hingga maruah pun tergadai.. Kesian mak bapak dorang kalau dapat tahu perangai buruk dorang ni.. Haishhh!