JANGAN MENGHARAP......!! 8 Julai Cuti Peristiwa? Belum Sah Lagi....

Tags


KUALA LUMPUR - Gambar kenyataan "8 Julai Diisytiharkan Sebagai Cuti Peristiwa" viral di WhatsApp dan media sosial cetus kekeliruan orang ramai. 

Gambar yang dirakam dari channel RTM1 itu seolah-olah mengesahkan bahawa 8 Julai depan adalah diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa. Namun, sebenarnya kenyataan tersebut hanya 'dirakam' separuh sahaja dari petikan berita hari Jumaat. 

Susulan tersebarnya gambar itu, Bilik Berita RTM1 telah dihujani banyak panggilan orang ramai. 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan gambar yang tidak sahih itu kerana perkara itu masih berada di peringkat cadangan, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa, semalam.

Pihak kami (My Media Hub) turut terkeliru dan memuat naik gambar berkenaan di laman Facebook. Namun, setelah menyedari perkara itu adalah tidak benar, kami segera bertindak menarik balik/membuang gambar tersebut sebelum 'tersebar' jauh. Sehubungan itu, pihak My Media Hub memohon maaf kepada RTM1 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu. 

Laman-laman Facebook yang turut berkongsi gambar tersebut, dinasihatkan menarik balik dan membuang gambar tersebut dari terus dikongsikan, bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. - PIXEL MEDIA